Sunday, September 14, 2008

Kabel punya pasal...

Kalau nak cerita pasal kabel, fenomena ni sebenarnya dah wujud sekian abad yang lepas dah. Cuma ianya tak berapa di gembar-gemburkan. Fenomena ni juga bukan terjadi kat negara kita je. Malah negara-negara luar pun ada mengalami nya. Mungkin bagi sesetengah ada baik nya kabel ni. Tapi bagi sesetengah pihak, kegiatan-kegiatan kabel ni boleh merugikan kerajaan ataupun organisasi.
Isu kabel ni banyak dikait kan dengan pekerjaan ataupun jawatan di sesetengah organisasi. Boleh dikatakan ramai yang berjaya mendapatkan ataupun menjawat jawatan di sesetengah organisasi adalah kerana bantuan kabel.. "..Untung la kau ada kebel... tak macam aku.." Kalau orang tu memang layak untuk menjawat jawatan tu. Takpe lah. Kadang-kadang ada yang dapat jawatan tu kerana kabel tapi tak tahu nak buat kerja. Dan orang yang sepatutnya menjawat jawatan tersebut tapi tak ada kabel, terus menjadi penganggur atau terus dipinggirkan. Bukan setakat nak cari kerja. Ada juga yang nak masuk belajar kat sekolah ataupun Universiti kat negara kita ni pun menggunakan kabel.. Sampai bila???

Fikir-fikirkan lah masa depan Negara kita......

Saturday, September 13, 2008

kenapa boleh jadi Gone...

Nama Gone ni terjadi sebelum final camp yang lepas. Ntah macam mana lah si Shariman boleh tertaip nama aku yang sebenarnya BOYINGTON ke BoyinGONE. Kebetulan lak dekat persatuan ada yang nama boy. Secara tidak langsung nya nama ku bertukar menjadi Gone a.k.a BoyinGONE.. Ni semua salah Shariman la ni...

nak cerita pasal apa ek?...

mmmm... Malam ni aku tak dapat tidur la. Rasa happy ada gak ni. Mungkin sebab Man United kalah tadi kot ataupun mungkin sebab Chelsea menang tadi. Petang tadi aku keluar pergi Jusco kat Bukit Tinggi. Aku terserempak ngan 2 orang pompuan yang aku paling tak suka tengok kat fakulti aku. Budak pompuan 2 orang ni senior aku kat fakulti. Budak pompuan tu budak Sarawak gak sama macam aku. Tapi aku heran kenapa dia tak suka bersembang dengan aku menggunakan bahasa Sarawak. Heran betul aku. Ada juga orang macam tu kat dunia ni..
Tujuan aku pergi Jusco tadi, aku nak beli crocs. Ala... kasut crocs tu arr.. hehehe.. Itu je sebenarnya isi cerita aku ni... Tunggu la kemunculan crocs baru aku k..
Lupa lak.. Dalam minggu lepas gak aku ada beli beg pack baru.. DEuter 40L.. salam.......

Friday, September 12, 2008

intro je ni....

Di sudut termenung jauh
Mengenangkan nasib kita
Kita miliki separuh
Berbentuk hati cinta namanya
Walau kau jauh
Ku sentiasa menunggumu
Inginku imbas kembali memori
Walau kau jauh
Ku berjanji kan terus tunggu
Dipisah lautan biru
Ku mahu kau tahu
Aku kan terus menunggu
Jaga benar gambarku dalam telefon bimbitmu
Jangan pernah sekali kau buang
Seperti cinta ini yang terbuku
Akan bersemi jua
Terus menunggu
Kita kan bersatu
Terus menunggu
Ku mahu kau tahu